Misi Mustahil Pakatan Harapan

Oleh  Dominic Chia

Kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyaksikan kemuncak perang kempen di antara BN, Amanah dan PAS. Pemerhatian sejak bermulanya kempen pada 5 Jun 2016 hingga hari ini, mendapati bahawa Pakatan Harapan ketandusan idea untuk menarik perhatian para pengundi. Mereka terpaksa bermodalkan isu-isu nasional yang jauh daripada hati penduduk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pakatan Harapan bermodalkan isu-isu nasional

Antara isu yang kerap diutarakan oleh Pakatan Harapan dalam kempen mereka adalah isu GST dan 1MDB. Sungguhpun isu-isu ini diketahui umum, ia belum tentu memberi impak yang secukupunya kepada rakyat tempatan yang lebih memberi tumpuan kepada kehidupan harian mereka yang jauh lebih mudah daripada isu-isu nasional tersebut.

Beberapa gelagat kempen jentera kempen pilihanraya Pakatan Rakyat dan PAS dijadikan bahan sendaan oleh Barisan Nasional (BN) bagi menunjukkan kepada umum bahawa pasukan kempen Amanah dan PAS ketandusan idea untuk meraih undi penduduk tempatan Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Malah BN juga melaungkan- mengundi parti Amanah adalah serupa mengundi DAP. Manakala, Pakatan Harapan pula kerap mengingatkan penduduk di kedua kawasan parlimen tersebut bahawa menolak BN adalah seolah-olah menolak GST.

Kelebihan sebagai calon tempatan

Seperti mana kita sedia maklum, calon PRK BN-  Budiman dan Datin Mastura merupakan anak kelahiran tempatan di kawasan masing-masing. Itulah kelebihan mereka pun untuk meraih undi. Tindakan calon-calon parti Amanah dan PAS mengatur jadual untuk berjumpa dengan penduduk tempatan seolah-olah mengukuhkan lagi kedudukan Budiman dan Mastura yang sedia berkhidmat kepada rakyat setempatnya bila-bila masa sahaja.

BN selamatkan nelayan Cina

Tambahan lagi, Pakatan Harapan hanya mampu melihat kejayaan kerajaan BN membebaskan dua nelayan berbangsa Cina daripada Sekingchan, yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana mencerobohi kawasan perairan republik tersebut. Kejayaan kerajaan BN ini dipercayai akan meningkatkan undi kaum Cina kepada calon BN khususnya di Sungai Besar.

Kengganan Rafizi

Disamping itu, keengganan Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR untuk berjumpa dengan Rizal Mansor, pembantu Khas Rosmah Mansor berhubung isu penggunaan jet peribadi oleh isteri PM itu, sedikit banyak memberi kesan negatif kepada usaha Pakatan untuk meraih undi daripada penduduk di kedua kawasan parlimen tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, umum akan membuat tanggapan bahawa keengganan Rafizi bertemu dengan Rizal Mansor adalah kerana beliau tidak mahu memberi penjelasan berhubung penggunaan jet peribadi oleh Tun Dr Mahathir dan pengikutnya, untuk berkempen.

Faktor Hukum Hudud

Dalam pada itu, pendirian parti-parti yang bertanding ke atas isu hukum Hudud dijangka akan mempengaruhi bilangan undi yang bakal diraih oleh parti-parti yang bertanding. Pendirian parti Amanah yang tidak kukuh berhubung isu Hudud boleh menyebabkan sokongan kaum Melayu Muslim ke atas parti tersebut merudum.

Ramalan orang biasa

Berdasarkan perkembangan semasa kempen pilihanraya di kedua-dua kawasan, seseorang boleh meramalkan dengan mudah bahawa BN ada kelebihan ke atas parti-parti PAS dan Amanah dan mampu memenangi PRK- kembar dengan majoriti lebih berbanding keputusan PRU yang lalu. Malah, umum juga boleh meramalkan kedudukan parti-parti yang bertanding mengikut bilangan undi yang diraih seperti : kedudukan pertama kepada BN, kedua kepada PAS dan ketiga kepada Amanah.

Uphill Battle for Pakatan Harapan

By, Dominic Chia

It is very obvious to see the Pakatan Harapan team lacking of ideas to woe the locals in Sungai Besar and Kuala Kangsar. The Pakatan coalition represented by Amanah, tend to touch on national issues instead of local issues which are close to the heart of the locals.

Betting on national issues

On the national front- they often touched only on GST and 1MDB issues. Whereas, the BN team, is quick to take advantage on the trivial issues and blunders by the Amanah campaigners to hit them back. Dr Wan Azizah’s Kuih Bengkang- recipe and the distribution of sawi vegetables by Amanah are among others.

Advantage of being the local nominee

While BN contenders: Budiman and Mastura of Sungai Besar and Kuala Kangsar respectively, enjoying an added advantage as locals at both constituencies, Pakatan and PAS took beatings for their promises to pay only scheduled visits to meet the locals.

Locals don’t care

Pakatan team probably has forgotten that the locals of Sungai Besar and Kuala Kangsar, have no clue about the intricacies of the economy at large but more concern on their simple daily life as farmers, plantation workers, fishermen and the likes.

BN saved Chinese fishermen

Adding to this, Pakatan team, just watched helplessly the BN’s success in saving the 2 Sekinchan- based Chinese fishermen from the Indonesian authority for encroaching the Indonesian territorial waters, 3 months ago. This incident would become a major contributing factor for the Chinese votes- especially in Sg Besar to return to the BN’s fold.

Rafizi’s miscalculation

Probably, Rafizi Ramly’s adamant stance to not to face Rizal Mansor, the aide to Datin Sri Rosmah- over the private jet issue involving Rosmah Mansor, also could be a setback to Pakatan team. This incident is a stark evidence of Rafizi Ramli’s failure to explain about the jet used by Tun M for campaigning.

Hudud- factor

Adding to this, the contesting parties’ stance on Hudud also believed to play an important role in garnering votes from the both Malay majority constituencies tomorrow. Amanah’s softer- tone on Hudud law, definitely going to works against the splinter party of PAS.

In the eyes of a layman

Based on the ongoing in the surroundings of the twin By-elections, even a layman could easily speculates that the BN has an upper hand on PAS and Amanah in Sungai Besar and Kuala Kangsar.

The public also could expect a spike in the BN’s majority votes in the twin by-elections. And not to mention, the order of the parties according to the number of votes would be garnered tomorrow could be like: first place for BN, followed by Pas and Amanah respectively.

BN could enjoy another landslide victory in the twin by-elections

Milik BN

By Dominic Chia

Lately, the Election Commission had announced the by-election date for Kuala Kangsar and Sungai Besar as 18th June. The commission also set the date for early voting as 14th June, and 5th June for nomination. The announcement followed by the demise of BNs Lawmakers- couple, Datuk Noriah Kansan and Datuk Wan Mohamad Kair-il of Sungai Besar and Kuala Kangsar respectively. The twin by-elections are also touted as the best litmus test for the upcoming 14th General Election in year 2018.

Weakening opposition coalition  

While opposition parties suffering growing rifts, BN is expected to gain advantage from it. The recent spat between DAP and PKR over seats during the Sarawak’s State Election is a stark evidence of their weakening coalition. The contest over seats had drawn heavy criticisms -even among the die-hard supporters of opposition parties.

Last year, PAS and DAP traded barbs over Hudud and ended their relationship. Eventually, on the 16th Sept 2015, Parti Amanah Negara (PAN) was formed by a group of progressive PAS members lead by Mat Sabu- oppose PAS’s stance to not to cooperate with DAP. Despite projecting itself as BN friendly, PAS teamed up with Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), another political party lead by Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, former Information Minister, on the 16th Mac 2016. This new unlikely team is now seen as the third political block after BN and Pakatan Harapan.

Past election results

If we look at the past election results for Sungai Besar: the late Noriah Kansan won the seat with only 399- majority votes-defeating PAS’s Mohamed Salleh M Husin in two- cornered fight. Whereas, in Kuala Kangsar, the late Wan Mohammad Khair-il won the seat with 1,082 majority votes- defeating Khalil Idham Lim Abdullah of PAS and Kamilia Ibrahim, an independent contender- in a three-cornered fight.

However, based on the current affairs among the opposition parties, it is almost confirmed that both constituencies will face at least three- cornered fights this coming 18th June. And of course, the loosened ties between the oppositions will contribute to a rise in the majority votes comparatively for BN.

Adding to this, the recent landslide victory of BN in sarawak’s State Election is a classic example, whose many of its constituencies witnessed three-cornered fights which verily favoured BN and also increased the majority votes comparatively. BN also managed to win big in the state election, despite opposition parties’ effort to smear its image with 1MDB- scandals and GST issues.

On the other hand, opposition blamed Sarawak’s state government’s barring over a number of key opposition political leaders from entering the land of Hornbill and the widespread money- politics for their worst ever performance in the state election.

Spat between PKR and PAS

Like adding salt to the wound, Azmin Ali, Menter Besar of Selangor also had urged PAS to give way for PKR to contest in Sungai Besar. However, PAS is adamant to contest the seat. Other than PAS, AMANAH’s leader, Mat Sabu also eying for the Sungai Besar seat to prove AMANAH’s strength following its embarrassing defeat in Sarawak’s state election. In Kuala Kangsar, the situation would be almost the same, where PAS and PKR will definitely compete with BN for the seat. And AMANAH is most-likely to join the hunt.

Sympathy votes

Since both seats were occupied by the late BN leaders without any major flaws in their track record, their untimely death expected to draw overwhelming sympathy votes. So, I would say that it is not an exaggeration, if BN repeat its landslide victory in the coming twin by-elections.

Litmus test

Should this weakening of opposition coalition continues, BN would have the best platform for its political strategists to secure a major victory in the 14th General Election, despite tainted by a few major financial scandals and abusing of powers. Having saying this, its indeed the twin by-elections going to be the litmus test for BN and the rest of the political parties to define their future in the upcoming General Election.

PRK KEMBAR- MILIK BN

BN win

Dominic Chia

Ekoran daripada kematian Allahyarham Datuk Noriah Kasnan dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il dalam nahas helikopter di Sarawak, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihanraya Kecil (PRK) di P.093 Sungai Besar, Selangor dan P.067 Kuala Kangsar, Perak akan diadakan serentak pada 18 Jun 2016. Menurut SPR lagi, penamaan calon bagi PKR kembar ini akan diadakan pada 5 Jun 2016, manakala pengundian awal pula pada 14 Jun 2016. Menurut penganalisis politik tempatan, PRK –kembar ini bagaikan ujian kertas litmus bagi Plihanraya Umum(PRU) ke-14 yang akan datang.
Pembangkang yang semakin lemah
Hubungan antara parti-parti pembangkang yang semakin renggang, secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada BN untuk meraih undi yang lebih berbanding mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti. Baru-baru ini, rebutan kerusi antara DAP dan PKR di Sarawak menunjukkan hubungan antara mereka yang semakin parah. Malah ia juga mencerminkan kepentingan diri mereka yang melebihi kepentingan rakyat di Sarawak. Sikap kedua parti pembangkang ini menerima kritikan hebat bukan sahaja daripada penyokong BN tetapi juga daripada penyokong tegar pembangkang.
Pada tahun yang lalu, PAS mengakhiri Tahaluf Siyasi dengan DAP kerana kedua parti pembangkang tersebut gagal menemui kata sepakat berhubung hukum Hudud. DAP melarang sama sekali pelaksanaan hukum Hudud di negeri- negeri di bawah kuasa pembangkang. Manakala, PAS berpendirian tegas untuk melaksanakan hukum tersebut di negeri di bawah kuasanya, Kelantan.
Setelah insiden ini, sebahagian daripada pemimpin PAS yang bersikap progresif keluar PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negera (AMANAH) yang diketuai oleh Mat Sabu. Faktor utama mereka menubuhkan Amanah: keengganan PAS berkerjasama dengan DAP. Sebaliknya pada 16 Mac 2016, PAS secara rasmi, mengumumkan hubungan politiknya dengan parti Ikatan Bangsa Malaysia(Ikatan) yang diterajui oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Dengan terjalinnya kerjasama kedua parti politik ini, maka tertubuhlah blok politik ketiga dalam arena politik negara ini. Dua blok politik yang lain ialah BN dan Pakatan Harapan.
Keputusan Pilihanraya yang lalu
Jika kita melihat keputusan PRU13 bagi P.093 Sungai Besar, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon memenangi kerusinya dengan undi majoriti sebanyak 399- memenangi pesainganya Mohamed Salleh M. Husin daripada parti PAS. Manakala suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il pula memenangi kerusi di P.067 Kuala Kangsar dengan undi majoriti 1082- mengalahkan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon bebas, Kamilia Ibrahim, dalam perlawanan 3 penjuru.
Namun, dengan berpecahnnya barisan pembangkang, dan hubungan antara mereka yang semakin lemah, PRK kembar pada 18 Jun ini bakal menyaksikan perlawanan 3 penjuru atau lebih. Ia seterusnya dijangka akan memberikan kelebihan kepada BN untuk meraih undi yang lebih berbanding parti-parti pembangkang lain.
Menurut Zin Mahmud, pengarang Dewan Bahasa dan Pustaka dan penganalsis politik, pengundi yang menolak BN akan berpecah antara Pakatan Harapan dengan blok politik baru, PAS dan Ikatan. Dengan perpecahan undi ini, dipercayai calon BN akan dapat meraih bilangan undi lebih daripada setiap parti yang bertanding.
kemenangan BN di PRN Sarawak baru- baru ini merupakan contoh terbaik- di mana, kebanyakan kawasannya telah menyaksikan perlawanan 3 penjuru yang menguntungkan BN dari segi penambahan bilangan undi majoriti berbanding PRN lalu. Natijahnya, BN menang besar sungguhpun terdapat usaha pembangkang untuk memburukkan imej BN dengan isu GST dan skandal 1MDB di bumi kenyalang Itu.
Justeru, pembangkang mendakwa- tindakan kerajaan negeri Sarawak yang menyekat kemasukkan beberapa pemimpin pembangkang yang penting ke Sarawak serta amalan politik wang BN yang meluas, menyebabkan kekalahan teruk Pakatan Harapan di Sarawak.
Rebutan kerusi antara PKR dan PAS
Bagi mengeruhkan lagi keadaan, Azmin Ali, MB Selangor telah menggesa PAS untuk memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di Sungai Besar, Selangor. Namun, PAS tetap dengan pendiriannya untuk bertanding dengan mencalonkan Dr Abd Rani Osman, ADUN Meru di Sungai Besar. Malah, Amanah dipercayai akan menamakan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik parti tersebut untuk turut berentap di Sungai Besar- menebus kekalahan teruk di PRN Sarawak baru-baru ini.
Sementara itu, dijangka, situasi di Kuala Kangsar seakan-akan sama dengan situasi di Sungai Besar. Di mana, PAS dan PKR tetap akan berebut dengan BN untuk memenangi kerusi di sana. Amanah juga dijangka akan turut bersaing untuk memenangi kerusi parlimen di Kuala Kangsar.
Undi Simpati
Memandangkan kedua-dua kawasan yang bakal menyaksikan PRK Kembar ini milik pemimpin BN sebelum ini, dan rekod mereka adalah antara yang baik, sesiapa sahaja yang dicalonkan berpeluang untuk meraih undi simpati yang banyak. Oleh itu, calon BN bagi P.093 Sungai Besar, ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan calon BN bagi P.067 Kuala Kangsar, Datin Mastura bt Dato Mohd Yazid yang juga isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il pastinya akan mempunyai kelebihan berbanding calon daripada parti lain, untuk memenangi kerusi di kedua kawasan tersebut.
Ujian kertas Litmus
Hubungan antara parti komponen Pakatan Harapan serta parti pembankang lain yang semakin merosot merupakan platform terbaik bagi BN untuk mengatur strategi bagi kemenangan mereka dalam PRU ke-14. Kemenangan ini mampu dicapai oleh BN sungguhpun imejnya tercemar dengan pelbagai isu. Dalam pada itu, para penganalisis politik berpendapat bahawa PRK Kembar pada 18 Jun 2016 ini adalah satu ujian kertas litmus terbaik bagi parti-parti politik sama ada BN atau barisan pembangkang, untuk menilai kedudukan mereka berhubung PRU Ke-14 nanti.

CHINESE IN PARLIMEN SUNGAI BESAR SWITCHING SUPPORT TO BN

c3e8ba78-056a-45d4-8901-9b1a0389bfd1

The support of the Chinese community in Sungai Besar towards Barisan Nasional has been overwhelming.

BN’s candidate for the parliamentary seat, Budiman Mohd Zohdi said he had noticed the increase in support from the community, especially in Sekinchan, during his campaign drive that entered day two yesterday.

Among the things that surprised was when they a group of Chinese youths had set up a Facebook page in Chinese language to garner support for Budiman.

According to Budiman the factors that he believed had contributed to the overwhelming support was the personal touch by MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai, Youth chief Chong Sin Woon and other leaders as well as grassroots members of the Chinese party, who came in drives to support him during the nomination process on Sunday.

He said during his meet-and-greet with the Chinese community, the majority of them voiced out that they want a leader who can fight for their rights, practice moderation and address welfare issues including on the welfare of farmers and fishermen.

Asked by reporters about him already holding the Sungai Panjang assembly seat, Budiman said it was not a big issue as many leaders including from the opposition are also holding two seats.

He said what is important is that a leader must be able to bring issues brought by the people regardless of their background.

bUD

Thumbs Up From Chinese Community

Picture1

Walkabout at Sekinchan

3ce24898-7135-4d1d-b8cc-75057e831b8a

Join Activities With Chinese