Ceramah Dr Zakir Naik Seharusnya Mengukuhkan Perpaduan

Capture

Oleh, Johan James

Dr Zakir Naik merupakan seorang Doktor perubatan yang memilih untuk menjadi penceramah agama Islam yang pakar dalam bidang perbandingan agama. Beliau amat popular dalam kalangan masyarakat antarabangsa, khususnya umat Islam kerana kebolehannya dalam membandingkan agama-agama lain dengan agama Islam menggunakan fakta-fakta dari pelbagai teks agama.

Kebolehan tersebut mencerminkan pengetahuan beliau tentang agama tidak hanya tertumpu kepada agama Islam tetapi juga agama-agama lain. Daya ingatan beliau begitu menakjubkan kerana kemampuannya untuk memerincikan sumber ayat-ayat yang dipetiknya itu dengan begitu tepat dan betul.

Zakir bijak mencari kesamaan di antara agama Islam dan agama lain

Dalam kebanyakan ceramahnya, Zakir gemar memetik ayat suci dari Al-Quran dan Hadis dan kitab agama lain yang membawa maksud yang sama untuk tujuan perbandingan. Namun, menurut kebanyakan pengkritiknya, beliau didakwa mengakhiri perbandingan tersebut dengan kesimpulan yang mencacatkan maksud sebenar ayat yang dipetiknya dari teks agama lain. Mereka turut mendakwa bahawa ayat yang dipetiknya itu biasanya tidak lengkap, dan oleh sebab itu, penjelasannya juga tidak lengkap.

Sebagai contoh, apabila Zakir membuat perbandingan terhadap konsep “Monotheism”(Konsep Tuhan hanya satu) antara agama Hindu dan Islam, beliau memetik ayat suci yang membawa maksud tersebut dari kitab Upanishad iaitu, “Tuhan hanya Satu, dan tiada Tuhan melainkan- Nya”.

Meskipun mengutarakan kesamaan konsep tersebut dalam agama Islam dan Hindu, beliau membuat kesimpulan bahawa penganut agama Hindu membuat amalan yang bercanggah dengan kandungan Upanishad kerana mereka gemar menyembah patung dan sebagainya sebagai tuhan.

Pada hakikatnya, menurut kitab suci agama Hindu yang lain, penyembahan tuhan dalam pelbagai bentuk dibenarkan untuk memudahkan penganutnya sembahyang dengan mudah dan lebih efektif. Justeru, kitab tersebut tidak menafikan konsep Monotheism.

Sebaliknya,  amalan ini dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ia merupakan dosa besar bagi agama tersebut. Percanggahan inilah dikatakan oleh pengkritik Zakir Naik, dimanipulasikan olehnya untuk mempengaruhi bukan-Islam mengikut ajaran Islam dan seterusnya memasuki agama tersebut.

Manakala, rakyat bukan Islam di Malaysia, dilarang sama sekali memberikan atau mendengar ceramah agama yang membandingkan agama mereka dengan agama Islam. Bahkan, mereka cukup arif apa yang akan berlaku sekiranya ceramah sebegitu dianjurkan, apatah lagi memikirkan untuk menganjurkannya meskipun sesama mereka sahaja.

Justeru itu, golongan bukan Islam juga mengharapkan perkara yang sama daripada penceramah seperti Zakir Naik agar tidak mengelirukan atau memanipulasikan ayat-ayat kitab suci mereka.

Ceramah Dr Zakir Naik meningkatkan keyakinkan umat Islam

Begitu pun, ceramah Dr Zakir Naik berpotensi mengukuhkan keyakinan umat Islam sedunia terutamanya tatkala ia sering dilihat sebagai ancaman kepada keamanan dunia berpunca daripada perbuatan kumpulan pengganas seperti IS yang menyalah tafsirkan kandungan Al-Quran untuk melakukan keganasan melampau.

Oleh itu, untuk umat Islam, Dr Zakir Naik merupakan penyelamat agama Islam meskipun sering dipandang serong oleh masyarakat bukan Islam di peringkat antarabangsa. Keyakinan dalam kalangan umat Islam ini amat penting terutamanya bagi penganutnya yang menentang keras keganasan dan ekstrimism dalam Islam. Oleh itu, Dr Zakir Naik harus memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan agama Islam dari pandangan negatif masyarakat dunia.

Mengagongkan agama masing-masing, perkara lumrah

Adalah perkara lumrah bagi seseorang itu untuk melihat agama yang dianutinya sebagai agama yang terbaik dan teragong. Oleh itu, membuat kenyataan yang berupa kritikan terhadap agama lain dan seterusnya menyuruh mereka untuk mengikuti ajaran agama tertentu bukan sahaja menimbulkan perasaan syak wasangka antara masyarakat berlainan agama, tetapi juga boleh menyebabkan ketegangan yang berpanjangan dalam kalangan mereka.

Begitupun, penceramah agama seperti Dr Zakir Naik berpotensi untuk menjadi ikon perpaduan sekiranya beliau menggunakan kepakaran beliau dalam perbandingan agama untuk menyatupadukan masyarakat sedunia.

Sehubungan itu, tidak salah sekiranya Dr Zakir Naik diterima sebagai rakyat Malaysia tetapi dengan syarat untuk memberikan ceramahnya demi mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai ras dan agama di negara ini.

Sudah tentunya terdapat ayat-ayat daripada pelbagai teks agama termasuk Al-Quran dan Hadis yang menyokong perpaduan masyarakat pelbagai agama demi keamanan sejagat. Sekiranya Zakir Naik sanggup memberi ceramah yang menggalakkan nilai “Perpaduan dalam Kepelbagaian”, maka pastilah beliau akan disambut baik bukan sahaja oleh umat Islam tetapi juga penganut agama lain di Malaysia.

 

 

Zakir Naik should have been given the Malaysian citizenship

 

Zakir

By, Johan James

Dr Zakir Naik, a medical Dr who turned Religious preacher is indeed an intelligent preacher with an amazing photographic memory. Many would have awed by his unbelievable ability to compare varieties of religions with his own, precisely. Of course, Its Needless to say about his exceptional skill in supporting his claims with relevant citations from various holy scriptures of other faiths.

Zakir finds common ground between Islam and other religions

Zakir, in most of his speeches used to select verses from both Al-Quran and the holy scriptures of other religions which convey similar meanings. Thus, he does the comparison between the two religions on a common ground. However, according to his critics, he usually ends his comparison in favor of Islam and to the despair of the non-Muslims. In some occasions, those with meager knowledge of their beliefs, ended up converting to Islam.

When the medical Dr compares the concept of God between Hinduism and Islam, he picks verses from both Holy scriptures which are similar in meaning, say for example, the “God is One and Second to None” as in the Upanishad, he concludes that the Hindus going against their own religion by worshipping multiple gods. Yet, according to other scriptures in Hinduism, they are allowed to do so in order to make worshipping much easier, thus they realize the god in their mind quicker and better.

On the contrary, this is totally against Islam and Muslims who refer principally on Hadith and Al-Quran. And they regard worshipping forms or idols as a blasphemy against Islam. This is where the critics say Dr Naik manipulates the content of Holy scriptures of other religions and convincing them to follow Islam and worship Allah as their supreme God.

As for non-Muslims In Malaysia, religious speeches on comparative religion involving Islam is totally forbidden. They are well aware of the consequences if one delivers such sensitive speeches. In fact, most of them don’t even think about it even in the absence of their Muslim friends. So, its natural for them to expect the same from the Muslim preachers like Dr Zakir Naik, to not to distort the content of their holy books.

Dr Zakir Naik’s speeches fight Islamophobic

In the face of the current islamophobic- views from around the world, Zakir Naik’s speeches appeared to standing out especially for the Muslims around world, and make them to be more faithful to their religion. This kind of feel good effect is of course necessary to every Muslims, especially those who strictly against any kind of extremism.

People at large are Religiocentric

It is a simple fact that people at large are most of the time religiocentric and convincing them publicly to follow a certain religions could be counter-productive. Said that, for Malaysians, Zakir Naik could be a powerful icon of unity should he uses his expertise in comparative religion to unite the people of different faiths. That’s why it is important for our government to accept him and let him continue his role as an Islamic-preacher but with a little twist-to instill harmony among the plural society of this country.

And I’m sure that there are ample of holy verses, be it in Islam or other religions to support this idea for world-peace. Hence, I do believe that every Malaysian, regardless of his or her faith, would welcome him with open arms should he adhere with the concept of unity in diversity and leave behind the idea of glorifying a religion at the expense of the other religions.

 

Perjanjian Malaysia-China Bakal Meningkatkan Nilai RM

 

china-malaysia-deal-2

Dominic Chia

Sebagaimana kita sedia maklum, harga minyak mula merudum sejak pertengahan tahun 2014. Ekoran kejatuhan harga minyak ini, nilai Ringgit turut menurun. Kejatuhan harga minyak yang serius, iaitu di sekitar AS$50- AS$60 setong pada Ogos 2015 telah menyebabkan nilai RM jatuh melebihi RM4.00 berbanding satu AS$.

Sejak kejatuhan tersebut, nilai RM belum pernah meningkat ke tahap kurang daripada RM4.00 bagi setiap AS$. Malah, nilainya jatuh lagi ke RM4.52 berbanding AS$ ekoran kemenangan Donald Trump dalam Pemilihan Presiden 2016 pada 9 Nov yang lalu. Kemenangan Trump menyebabkan para pelabur membuat spekulasi bahawa kadar faedah bank pusat Amerika Syarikat (AS) akan dinaikkan pada Dis 2016. Spekulasi ini menyebabkan ramai pelabur asing menjual sekuriti dan bon kerajaan negeri-negeri sedang membangun seperti Malaysia dan beralih ke sekuriti dan bon kerajaan AS untuk pulangan faedah yang lebih tinggi.

 Memandangkan pendekatan pengawalan terhadap modal serta menambat nilai mata wang ringgit (Sepertimana dilaksanakan pada tahun 1998) tidak lagi relevan, penggubal dasar beralih kepada pendekatan pelaburan dalam pembangunan jangka masa panjang. Pendekatan baharu kerajaan ini adalah untuk menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu dan seterusnya menstabilkan RM.

Menurut Jeffrey Sachs, seorang Profesor dalam bidang pembangunan jangka masa panjang di Universiti Columbia, pembangunan jangkamasa panjang bukan hanya impian atau slogan. Ia merupakan petunjuk terbaik bagi pembangunan global serta berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan tinggi. Oleh itu, inilah masa yang paling sesuai terutamanya bagi negara-negara sedang membangun untuk memberikan fokus terhadapnya serta membuat pelaburan sewajarnya.

Di samping pembangunan jangka masa panjang, pengeluar tempatan juga harus berinovasi dalam menambahkan produktiviti bagi memperbaiki rantaian nilai. Sememangnya langkah ini memerlukan nilai RM yang lebih kukuh bagi meyakinkan para pelabur untuk membuat pelaburan dalam jangka masa panjang dan seterusnya meningkatkan tahap rantaian nilai produktiviti.

Sehubungan itu kerajaan Malaysia telah menandatangani projek pembangunan bernilai lebih kurang RM144 billion dengan Republik China baru-baru ini. Antara projek-projek yang menarik perhatian adalah Lingkaran Keretapi Pantai Timur (ECRL), Keretapi Halaju Tinggi menghubungkan Kuala Lumpur- Singapore (HSR KL-SG) dan Pelabuhan Melaka.

Menurut akhbar kewangan mingguan The Edge, perjanjian projek pembangunan di antara Malaysia dan China kemungkinan bernilai lebih kurang RM300 bilion sekiranya melibatkan urusniaga di antara agensi bukan kerajaan dan kerajaan ke kerajaan.

Menurut Khoo Hsu Chuang, kolumnis akhbar mingguan kewangan The Edge, wang beratus billion itu berpotensi untuk menstabilkan RM dan seterusnya mengelakkan kejatuhan teruk nilai mata wang tersebut.

Meskipun projek-projek pembangunan tersebut kebanyakannya membabitkan syarikat-syarikat milik kerajaan China, ia tidak bermakna republik tersebut campurtangan urus tadbir di Malaysia. Pada hakikatnya, dalam situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu, China, ekonomi kedua terbesar di dunia inilah satu-satunya harapan bagi negara-negara membangun untuk pembangunan infrastruktur berteknologi tinggi dan seterusnya memperkasakan RM dalam jangka masa panjang.

Justeru itu, Tan Sri Navaratnam, Pengerusi ASLI (Pusat Pengajian Dasar Kerajaan) berpendapat  bahawa perjanjian di antara Malaysia dan China adalah satu langkah kerajaan yang berani, bijaksana dan  berfaedah bukan sahaja untuk kerajaan, malah, untuk rakyat jua.

Sebagai contoh, projek-projek seperti ECRL dan KL-SG HSR diyakini akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di lokasi-lokasi, di mana perhentian bagi  kedua lingkaran keretapi tersebut dibina nanti. Yang jelas, pembangunan infrastruktur sebegini bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan, tetapi juga meningkatkan pendapatan kepada rakyat.

Pendapatan yang meningkat akan menggalakkan rakyat untuk berbelanja dan seterusnya meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan domestik. Peningkatan permintaan komoditi bukan sahaja menggalakkan penambahan pengeluaran tetapi juga pertumbuhan ekonomi dan peningkatan nilai RM dalam jangka masa panjang.

Oleh sebab itulah Tan Sri Navaratnam menggesa rakyat Malaysia untuk menolak pandangan cetek sesetengah pihak yang memandang perjanjian antara Malaysia dan China sebagai muslihat China untuk mengatur strategi hagemoninya di Asia Tenggara. Menurut beliau, Malaysia harus menggunakan sebaik mungkin peluang keemasan yang diwujudkan oleh China, bagi memperkukuhkan nilai mata wang RM.

Sesungguhnya, tidak dinafikan bahawa kejatuhan nilai matawang ringgit membebankan rakyat, khususnya dari segi kuasa membeli. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Namun, keadaan ini tidak akan kekal selama-lamanya. Turun-naik nilai matawang sesebuah negara adalah perkara lumrah. Yang penting adalah dasar-dasar yang sesuai harus dirangkao oleh kerajaan untuk mengukuhkannya.

Pada hakikatnya, kejatuhan nilai matawang bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja. Banyak negara lain yang sedang membangun turut mengalami nasib yang sama. Lantaran itu, rakyat harus berkeyakinan tinggi dalam menghadapi situasi ini dan tidak terpengaruh dengan pandangan pasif yang mebanjiri media sosial berhubung nilai matawang kita.

Malaysia -China Multi-Billion Agreement Will Strengthen the RM

china-malaysia-deal

Dominic Chia

Oil price plummeted to the extreme- low in July 2014. The RM- value followed suit. The historical decrease in the oil price caused the RM to hit the psychological level of RM4.00 per USD in Aug 2015. Ever since, the value didn’t seems to be surging or going below RM4 per USD.

The RM-value deteriorated further, following the victory of Donald Trump in the recent US’s Presidential election on Nov 9th of 2016. Of course, the obvious reason behind this is Trump’s unprecedented victory. Followed by the hyped speculation over the Federal Reserve’s normalization of interest rate this coming Dec. The speculation has rushed many foreign investors to sell off the government bonds and securities of many emerging nations inclusive Malaysia, to buy the US’s government bonds for higher returns.

Given that the capital control and pegging of RM(as it was done in 1998) are totally out of question for our central bankers, the policy makers have turned their heads to investment in sustainable developments with a strong belief that this would allay the impending economic situation and eventually strengthen the RM.

Jeffrey Sachs, a professor of Sustainable Development at Columbia University puts it this way: Sustainable development is not just a wish and a slogan: it offers the only realistic path to global growth and high employment. So, it is time to give it the attention-and investment-it deserves.

However, besides sustainable development, the local manufacturers need to innovate and increase productivity to improve the value chain, and that needs a stronger currency to generate confidence among the investors to take a long-term horizon to invest and improve the value chain.

Hence, the Malaysian government committed itself into the long-term development projects worth almost RM144 billion with China. The multibillion deal is consists of mega-projects like East Cost Railway Link(ECRL), Kuala Lumpur- Singapore High Speed Rail (KL-SG HSR) and the Malacca Port among others.

According to The Edge, a Malaysian business weekly, some business players, of the opinion that the Malaysia-China deal may cost almost RM300 billion, should it includes non-public government-to-government deals. According to Khoo Hsu Chuang, an editor for The Edge, these funds, as they come in, will be useful in halting the RM’s fall.

Though these mega projects involve China’s state-owned companies, it doesn’t mean that the Malaysian’s sovereignty is at risk. One should realize that, at the current economic uncertainties face by most of the emerging nations, China, the world’s second largest economy is the only hope, be it for the High-tech-infrastructure-development projects or strengthening the hard-hit currencies.

On the other hand, Tan Sri Ramon Navaratnam, Chairman of the ASLI (Centre of Public Policy Studies), opines that Malaysia-China deals are bold and bright and beneficial, not only to the government, and the economy, but also to the Rakyat as well.

ECRL and KL-SG HSR projects for example, are expected to spur the economic developments in all the areas where the intercity stops would be built. This kind of major new infrastructure projects will definitely create jobs and generate incomes for the Rakyat.

This will indeed, encourage spending and maintain the demand for local commodities at healthy level. And needless to say that the increase in demand for local commodities will catalyze the manufacturing of goods and services which would eventually shores up the economy and currency of ours.

So, that’s why Tan Sri Ramon Navaratnam urged the Malaysians to reject the narrow, parochial views of some who discourage the Malaysia-Chinese deal at the expense of our economic development.

Metaphorically speaking, we can’t afford to have a “Crouching tiger(Malaysia), hidden Dragon(China)” anymore, should we wish to see a bullish RM, which in fact translates the economic well-being of our nation. Therefore, we should let the dragon out, so that it could lead the tiger for a better future.

Pencapaian Najib sepanjang 7 tahun pentadbirannya (2 April 2009 -3 April 2016)

3 April 2016  adalah tarikh genap 7 tahun beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Hari di mana kita sebagai rakyat Malaysia menjadi saksi akan kejayaan transformasi yang dibawakan melalui pentadbiran beliau.

Biarpun dihina, dicaci, difitnah,diaibkan malah disamakan dengan binatang oleh golongan pembangkang dari dalam dan luar negara, beliau tetap cekal dan istiqomah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan rakyat untuk membawa negara mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan sehingga ke masa kini.

Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang 7 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-enam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:

1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009          – Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian
                                       Diutamakan.
* 11 Julai 2009        – Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11                                                  langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah                                                          Saham 1Malaysia.

 

* 7 Jan 2010            –  Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan                                                        rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

 

* 31 Jan 2010          –  Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan                                             peruntukan RM37.6 juta.
* 28 Jan 2010          – Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan                                                   membina keupayaan golongan ini dan
peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan                                                                             keusahawanan.
* 19 Feb 2011          – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai                                                      usaha memodenkan peruncit kecil dan
sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.
* 22 Jun 2011           – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013,                                                      terdapat 87 KR1M dan kerajaan
menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).
* 7 Okt 2011             – Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia                                               (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan                                                   RM3,000 sebulan ke bawah.
* 4 Julai 2011            – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
* 7 Julai 2011           – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan                                                    juadah tengah hari pada harga RM4
(Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).
* 7 Julai 2011           – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama                                             Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam                                                           negara.
* 19 Dis 2011           – Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
* 18 Feb 2012          – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di                                                      Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka
di Kelantan, Melaka dan Pahang.
* 23 Jun 2012           – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan                                                     pada 22 Sept tahun yang sama,
sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.
* 24 Jun 2012           – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif                                                   hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.
* 7 Julai 2012           – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi                                                 membawa pembangunan PKS ke
peringkat  lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.
   * 14 Julai 2012         – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha                                                              berterusan kerajaan membantu meringankan
beban rakyat.
* 15 Julai 2012         – Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam                                             kalangan rakyat berbilang kaum
berteraskan gagasan 1Malaysia.
* 7 Ogos 2012         – Memperkenal kad ‘1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000                                                  anggota dan pegawai polis dan tentera.
* 28 Sept 2012        – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia                                           (BR1M) dan diperluas kepada
individu bujang berumur 21 tahun ke atas.
* 12 Nov 2012         – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi                                               24 jam sehari bagi melonjakkan
perkhidmatan awam ke tahap bitara.
* 15 Feb 2013        – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat)                                         inisiatif terbaharu bagi membantu
rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan                                                         sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000
penerima.
* 19 Mac 2013       – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.
* 16 Mac 2013       – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti                                                    Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 – Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 – Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

* 5 Okt 2011 – Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta  Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang  belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 – Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk  mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 – Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 – Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi  kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 – Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB)  dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21  tahun perkhidmatan serta tidakberpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

* 15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

* 7 Mac 2013 – Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada  pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.

* 11 Mac 2013 – Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia  dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 – Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan  kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 – Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

3. PENTADBIRAN

* 9 April 2009 – Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya — menteri dan timbalan  Menteri – dalam mencapai matlamat pentadbirannya “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

 

* 18 Julai 2009 – Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 – Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah – mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 – Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 – Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara  sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 23 Feb 2010 – Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek  pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan  semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 – Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam  ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ dalam pengurusan tugas mereka, iaitu ‘mengurang’, ‘menghapus’, ‘mewujud’ dan ‘menambah peluang’.

* 28 Sept 2012 – Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012,  manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 – Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC  supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 – Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya  dicapai)

* 25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan  enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

4. EKONOMI DAN KEWANGAN       

* 10 Mac 2009 – Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme                                              pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 – Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr  2009 – Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 – Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam                                     mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

* 15 Mei 2009 – Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad                                                    ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat  akses lebih baik kepada                                pasaran bon Malaysia.* 24 Jun 2009 – Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan                                       bagi menyelaras harta milik orang Islam  Malaysia.

* 30 Jun 2009 – Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu                                   Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 – Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi                                jentera komersil bersepadu tunggal  kumpulan Felda.

* 23 Okt 2009 – Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang                                 bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran  ersama’ dengan peruntukan                                               RM191.5  bilion.

* 23 Dis 2009 – Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari                                      jualan hartanah tanpa mengira tahun  hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 – Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan                                   inisiatif pembaharuan strategik.

* 10 Jun 2010 – Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan                                (EPP).

* 11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 – Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak  berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 –  Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena  lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 – Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang  enyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 – Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang  bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 6 Okt 22009 – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 – Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington  i Washington, Amerika Syarikat.

* 27 Sept 2010 – Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika  yarikat, Najib menggesa semua negara supaya “memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism”.

* 12 Julai 2011 – Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk  meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 – Menghadiri “Invest Malaysia New York 2011” di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara  RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 – Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan  embebasan Islam Moro  (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 – Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya  ke Gaza.

6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 – menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 –  mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

 

* 28 Okt 2009 – Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka  kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 – Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan  kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

 

* 17 Dis 2009 – Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan  arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 – melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan  sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 – Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara  berpendapatan sederhana kepada  negara maju.

* 10 November 2010 – Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan  jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 – Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus   enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 – Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada   engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK

* 26 Mac 2009 – Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan   erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 – Dilantik sebagai pengerusi  Badan Perhubungan Umno Selangor.

 

* 15 Ogos 2011 – Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti  pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 – Melancarkan buku bertajuk ‘Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat  untuk Rakyat’, yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

 

* 20 Feb 2013 – Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam  memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan  berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh  unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand,  Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia  erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing  bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing  2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 – 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (                                       SBT).

* 7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200                              baucar buku untuk pelajar universiti. – Bernama

 

Image result for pencapaian dato najib
Antara kejayaan program trasnformasi beliau selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia sejak 2009 hingga tahun 2015;
  1. Mengurangkan kadar pengangguran dari 4.5% ke 3%
  2. Meningkatkan pendapatan Per-Kapita rakyat dari RM24,541 ke RM33,572
  3. Mengurangkan defisit Fiskal dari 6.7% turun kepada 3.2%
  4. Mengurangkan tahap kemiskinan dari 3.8% menjadi 1% sahaja.
  5. Mengurangkan kadar inflasi dari 5.7% kepada 2.1%
  6. Menarik kemasukan pelaburan asing dari USD5 Bilion kepada USD12.3 Bilion
  7. Meraih KDNK daripada RM528Bilion kepada 877 Bilion.
Berikut adalah usaha Najib untuk membantu rakyat Malaysia melalui slogan 1Malaysia;
  1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  2. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
  3. Klinik 1Malaysia
  4. Bantuan Buku 1Malaysia
  5. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia
  6. Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
  7. Karisma Kebajikan 1Malaysia
  8. Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)
  9. Amanah Saham 1Malaysia
  10. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA)
  11. Ikan Rakyat 1Malaysia
  12. Menu Rakyat 1Malaysia
  13. Tuisyen Rakyat 1Malaysia ((i-TR1M)
  14. Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
  15. Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
  16. Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA)
  17. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh negara, namun hasilnya tetap dinafikan oleh pembangkang yang begitu cemburu dengan beliau.

Beliau tidak melatah, sebaliknya beliau fokus kepada tugas-tugas yang tidak disedari rakyat betapa pentingnya kepada negara.

Itulah ciri-ciri kepimpinan yang tulen, matang dan tidak besemosi dalam menghadapi saat sukar ditentang segolongan makhluk yang terdesak mahu merampas Putrajaya.

Semoga Allah melindungi dan sentiasa membantu pemimpin yang benar. Lihatlah satu persatu kebenarannya.

Maria Chin disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan berkaitan kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen dan SOSMA.

Image result for maria chin dan soros

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

SOSMA diperkenal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.

Fakta-fakta penting yang anda perlu tahu tentang Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, lebih dikenali sebagai SOSMA, memperuntukkan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan.

Tujuannnya untuk mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

 

SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan.

Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?

  • menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
  • membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
  • memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
  • mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.

10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:


1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.

3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan.

5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.

6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.

7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.

8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.

Maria ditahan selepas serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di pejabat BERSIH di Petaling Jaya pada 18/11/2016. Beliau ditahan bersama pegawai sekretariat BERSIH Mandeep Singh. Mandeep bagaimanapun ditahan berkaitan tuduhan merusuh.

Polis turut menyiasat BERSIH bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan berkaitan kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Siasatan itu dibuat selepas muncul kembali isu gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu menerima dana daripada Open Society Foundation, yang dikaitkan dengan hartawan George Soros

Kekalahan Hillary Clinton: Adakah Hillary Akan Minta Ambiga Berdemo Bersih Di Amerika?

Hasil penghitungan suara sementara pemilihan presiden (Pilpres) Amerika Serikat (AS) saat ini (9/11/2016) menunjukkan Donald Trump menang tipis dari Hillary Clinton. Data popular votes, Trump meraih 50 persen suara, Hillary 46 persen suara.

Data electoral votes sementara, Trump (Partai Republik) menang dengan 51 suara, sedangan Hillary (Partai Demokrat) 44 suara. Untuk jadi pemenang, masing-masing kandidat butuh 270 suara electoral votes.

Data sementara yang dirangkum Sindonews ini adalah data pada pukul 08.25 WIB, dengan sumber AP dan sejumlah sumber live report lain.

Dua kandidat lain, Gary Johnson dari Partai Libertarian meraih suara 3 persen (popular votes) dan Jill Stein dari Partai Hijau meraih 0,6 persen (populer votes).

Hillary untuk sementara unggul di distrik Columbia, Delaware, Massachusetts, Maryland, New Jersey dan Vermont.

Sedangkan Trump unggul di Indiana, Kentucky, Oklahoma dan West Virginia. Penghitungan suara di daerah lain seperti di Florida, Georgia, New Hampshire, North Carolina, Ohio, Pennsylvania dan Virginia masih berlangsung.

Persoalannnya adalah, adakah Hillary Clinton akan mengadakan demontrasi besar-besaran di jalanan seluruh Amerika Syarikat bagi memprotes kekalahannya itu kerana dikhuatiri ada unsur-unsur penipuan kertas undi yang telah menyebabkan kekalahannya seperti mana berlaku di Malaysia pada PRU ke 13 lepas.?

Malaysia Going To Bankrupt Is A Song That DAP Has Been Singing For Over 50 Years Since It Was Founded.

Malaysia going to bankrupt is a song that DAP has been singing for over 50 years since it was founded.

Not only has Malaysia not gone bankrupt but prospered instead, one of the other DAP founder who is now their lifetime adviser just sold his plantation company to FELDA for RM1.2 billion in 2013.

Image result for Penang ADUN raise their own allowances 50% in 2013.

The other DAP founder who is still an MP is a multi-millionaire with numerous pensions while his son is chauffeured in a Mercedes S Class, owns at least two shophouses in Malacca, has RM308,368 in fixed deposit and shares/unit trust in eight companies and stays in a 10,500 sq feet multi-million ringgit bungalow in a posh area in Penang which he bought under value.

Image result for ytl group

Related image

While another state EXCO in Penang has eight properties including joint properties including several in New Zealand.

And to make sure they themselves do not go bankrupt, immediately right after GE13, the Penang ADUNs raise their own allowances 50% in 2013.

Two years later in 2015, The ADUNs then raise their own salaries (and pensions) by 87% while the DAP state EXCOs double their own salaries.

Another DAP leader who keeps saying Malaysia is going bankrupt and need to eat grass and sand is the DAP Perak MP who stays in a big bungalow that is now dubbed the “White House of Ipoh” – which he told a newspaper that it “does not even cost RM10 million”.

Image result for dap corruption

It seems the more DAP shouts that Malaysia is going bankrupt, the richer the DAP leaders

Image result for Penang CM car

And worse is the PRIBUMI party who now copycat the same song that DAP sings.

Their Chairman travels around in private jets, owns 30 horses while his each and every one of his 3 sons – including the Vice President – are hundred millionaires. One is a billionaire and even reached top 10 richest in Malaysia.

Image result for mahathir guna jet kerajaan melancong

Pribumi’s president is also no pauper and frequently travels overseas for vacation while his son is the largest shareholder of a listed property company with billions of ringgit of GDV projects.

 

Image result for kekayaan anak mahathir

Image result for kekayaan anak mahathir

The only thing that is bankrupt is the lies and propaganda of the opposition as they continue to make their supporters look like utter fools.

DAP Memanipulasikan Perpecahan Orang Melayu Untuk Rampas Kuasa Memerintah.

Seperti mana kata Abdul Hadi, dari segi sokongan rakyat DAP tidaklah sekuat mana, mereka ha­nya bergantung kepada pengundi Cina, tetapi yang akan memper­kukuh dan membantu parti itu mencapai cita-cita politiknya adalah parti dan pe­mimpin yang dianggotai oleh orang Melayu.

DAP tidak boleh disalahkan ke­rana mereka menggunakan kebijaksanaan untuk memanipulasikan perpecahan dalam kalangan orang Melayu bagi meraih keuntungan. Kajilah sejarah politik negara ketika berlakunya perpecahan dalam UMNO berikutan perebutan jawatan Presiden apabila Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razalaiegh Hamzah mencabar Tun Dr. Mahathir Moha­mad pada 1987.

Image result for parti melayu semangat 46

Penubuhan Parti Melayu Sema­ngat 46 (S46) bagaikan rahmat untuk DAP. Mereka bergabung dalam Barisan Alternatif. Hasilnya DAP hampir berjaya menawan Pulau Pinang apabila menguasai 14 daripada 35 kerusi di Pulau Pinang.

Begitu juga apabila berlaku pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada parti dan kerajaan sehingga tertubuhnya PKR pada tahun 1999. Sekali lagi, DAP ‘menangguk di air keruh’ apabila bekerjasama dengan PKR dalam usaha menumbangkan kerajaan BN.

Kerjasama itu berterusan sehinggalah pada 2008 yang menyaksikan tsunami politik hampir meruntuhkan BN. DAP berjaya merampas Pulau Pinang, membantu PKR menawan Selangor dan di Perak, biarpun tidak menjadi Menteri Besar tetapi DAP menguasai kerusi DUN.

Image result for lim kit siang dan anwar ibrahim

 

Kekuatan DAP semakin bertambah apabila pemimpin-pemimpin Melayu di dalam PKR sentiasa menyokong apa juga tindak-tanduk DAP. Pas yang turut menjadi rakan sekutu dalam pakatan pembangkang bagi berhadapan dengan pilihan raya umum 2013 bagaikan ‘melukut di tepi gantang’.

Image result for lim kit siang dan anwar ibrahim dan hadi awang

Keadaan itu berlaku kerana di dalam Pas ketika itu terdapat pe­mimpin yang ‘berkiblatkan’ DAP. Apa sahaja dilakukan oleh DAP biarpun bertentangan dengan dasar Pas akan disokong pemimpin-pemimpin berkenaan.

Akibatnya, pemimpin-pemimpin DAP langsung tidak mempunyai perasaan hormat kepada Abdul Hadi dan golongan ulama. Bak kata seorang pemimpin kanan sebuah parti politik kepada penulis, “Tidak pernah dalam sejarah seorang pe­mimpin DAP begitu biadab terhadap Abdul Hadi.’’

Image result for lim kit siang hina hadi awang

Ahli-ahli Pas yang menyedari ancaman politik DAP bertindak me­nyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas yang dilihat bersekongkol de­ngan DAP. Akibat pergolakan yang berlaku, tertubuhlah PAN diketuai oleh Mohamad Sabu.

Sekali lagi DAP mengambil ke­sempatan melalui perpecahan yang berlaku dalam parti Melayu, apabila merangkul PAN untuk bekerjasama dalam pakatan pembangkang. DAP bertindak demikian kerana menge­tahui sedikit-sebanyak PAN boleh membantu mereka meraih undi orang Melayu.

Image result for lim kit siang dan mat sabu

Penulis difahamkan, ada kalang­an pemimpin-pemimpin DAP yang mahu Pas kembali ke dalam pakatan pembangkang kerana memahami PAN tidaklah sekuat mana dalam menarik sokongan orang Melayu.

Kini DAP akan cuba mengambil kesempatan lagi apabila ada pe­mimpin Melayu yang sanggup bersekongkol dengan mereka kononnya atas misi ‘menyelamatkan Malaysia’. Dalam bahasa mudah, DAP tidak perlu bersusah payah untuk sampai ke kemuncak kuasa, apa yang perlu mereka lakukan ialah mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu.

Image result for selamatkan malaysia 2016

Atas sebab itulah seruan Abdul Hadi supaya umat Islam bersatu menghalang hasrat DAP untuk mengu­asai negara ini tidak harus dipandang ringan. Sebagai orang yang berpengalaman duduk semeja de­ngan DAP bagi melaksanakan agenda politik pakatan pembangkang, Abdul Hadi sudah pasti memahami apa sebenarnya matlamat DAP.

Parti tersebut tidak akan duduk diam dalam usaha memastikan pakatan pembangkang menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Sebab itulah sementara pendekatan politik mengambil kesempatan diamalkan, DAP juga bersedia menarik lebih ramai orang Melayu khususnya generasi muda untuk menyertai parti itu.

Image result for lim kit siang dan dyana

Keadaan itu sudah tentulah meletakkan kuasa politik Melayu dalam bahaya, apatah lagi kalaupun pembangkang memerintah bukan ber­kisar soal PKR dan PAN yang me­mimpin, tetapi mereka akan di­pimpin oleh DAP. Parti itulah yang akan menentukan segala-galanya.

Orang Melayu sepatutnya memahami ancaman itu, bukannya terus berpecah-belah dan bertelagah sesama sendiri sehingga mengizinkan DAP mengambil kesempatan. Tetapi biasalah perangai sesetengah orang Melayu, perbuatan seperti ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’, ‘menang sorak kampung tergadai’ masih terpahat kukuh di hati mereka.

Image result for perpecahan melayu

Tiada langsung hasrat untuk berdamai walaupun mereka mengetahui bahaya yang menanti. Sebahagian orang Melayu khususnya bertaraf pemimpin sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian mereka untuk melihat kelompok yang mereka tidak sukai tersingkir.

Amaran dan peringatan mengenai sikap DAP yang bagaikan ‘singa lapar’ tidak mahu difikirkan kerana sudah dilumuri politik kebencian. Apapun adalah diharapkan pesanan Abdul Hadi akan dijadikan peringat­an oleh orang Melayu supaya berhati-hati dengan ‘maneuver’ politik DAP. Orang Melayu bukanlah tidak boleh bersatu, tetapi ada dalam kalangan mereka sanggup mengamalkan pendekatan ‘berkerat rotan berpatah arang’, biarpun akhirnya boleh menjemput petaka politik kepada mereka.

– See more at: https://www.utusan.com.my/rencana/melayu-berpecah-dap-untung-1.203624#sthash.JRNcZ0l7.dpuf

Kerjasama Malaysia / China: Malaysia Sebagai Satu Hab Rangkaian “One Belt, One Road” (OBOR).

Image result for Najib melawat china

DATO’ LOKMAN ADAM:
Ayman Rashdan Wong :

Ramai yang kecoh pasal PM melawat China. Macam lah baru Malaysia ada hubungan dengan Republik Rakyat China (PRC) semalam. Hakikatnya, sejak 28 April 1974 (tarikh Tun Abdul Razak membuat lawatan bersejarah ke China), 5 PM Malaysia telah pun melawat China sebanyak 15 kali. Tun Dr. Mahathir seorang saja dah 7 kali: 1980, 1993, 1994, 1996, 1999, Februari 2001, Oktober 2001. Dua orang Yang di-Pertuan Agong pula pernah mengadakan lawatan negara (state visit) ke China pada 1991 dan 1997. Beratus-ratus perjanjian meliputi kerjasama keselamatan, ekonomi dan kebudayaan telah pun ditandatangani. Semuanya tidak bermula tahun 2016.

Bukan itu yang saya nak cerita. Cuma bagi saya, hujah yang mengatakan bahawa keterlibatan China dalam pembinaan landasan East Coast Rail Line (ECRL) semata-mata faktor politik domestik Malaysia adalah sangat dangkal (shallow). Sebenarnya, China nak buat semua itu adalah disebabkan kepentingan strategik yang lebih besar, iaitu menjadikan Malaysia sebagai satu hab dalam rangkaian “One Belt, One Road” (OBOR).

OBOR ialah satu strategi raya (grand strategy) yang diperkenalkan oleh Presiden Xi Jinping pada tahun 2013. “One Belt” merujuk kepada pembinaan laluan keretapi yang menghubungkan China dan Eropah melalui jalan darat yang merentasi Kazakhstan, Turki, Russia, Belarus dan lain-lain negara sehingga ke Rotterdam di Belanda. Manakala “One Road” pula merujuk kepada pembinaan pelabuhan di sepanjang jalan laut yang melewati Vietnam, Malaysia, Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan lain-lain negara sehingga ke Venice di Italy. Kedua-dua jalan ini merupakan jalan perdagangan utama dunia sebelum abad ke-15 yang dikenali sebagai Laluan Sutera (Silk Road), laluan yang digunakan oleh pedagang Eropah untuk berdagang dengan China, sebelum Turki Uthmaniyyah menguasai Laut Mediterrenea pada abad ke-15 dan memaksa negara-negara Eropah mencari jalan alternatif melalui Lautan Atlantik dan Hindi. Ia diberi nama Laluan Sutera sebab barangan utama yang diimport dari China ialah sutera dan teh. Oleh itu, nama “One Belt” secara rasmi ialah “Silk Road Economic Belt” (SREB) manakala “One Road” dinamakan “The 21st Century Maritime Silk Road” (MSR). Xi melihat strategi ini sebagai penghidupan semula Laluan Sutera yang merupakan simbol ketamadunan China.

Kehebatan OBOR bukan saja pada skala geografinya, tetapi juga pada skala kosnya. Untuk menjayakan OBOR, perlu ada satu trillion (1,000,000,000,000) yuan, bersamaan dengan US$ 160 billion. Tapi mujurnya China banyak duit. Maka China pun mendirikan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia atau AIIB (US$ 100 billion) dan Dana Laluan Sutera (US$ 40 billion) untuk membiayai projek-projek OBOR. Bukan Malaysia saja, Britain pun menyertai AIIB. Tapi rakyat Britain yang sentiasa meletakkan kepentingan negara (national interest) dalam minda tak akan mengatakan bahawa pemimpin mereka menjual negara.

Apa tujuan OBOR? China selama ni bergantung pada jalan perdagangan laut yang meliputi Laut China Selatan dan Selat Melaka. 80% barangan import dan eksport China perlu melalui jalan ini dan jalan ini adalah sangat tidak selamat. Bila-bila masa, musuh-musuh China boleh menyekat laluan kargo China. Siapa musuh-musuh China? Amerika Syarikat dan Jepun. Kedua-dua negara telah lama merancang untuk menguasai Selat Melaka, tapi mujurnya ditolak oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia. India pula “frenemy”, kadang kawan kadang lawan. Bayangkan kalau negara-negara ini menyekat laluan barangan China yang kritikal seperti petroleum (barangan import terbesar China), ekonomi China boleh lumpuh dalam sekelip mata. Maka, China memerlukan strategi untuk melindungi kepentingannya. SREB membolehkan China menggunakan jalan alternatif yang tidak dapat dicapai oleh Amerika dan konco-konconya, manakala MSR pula memperkuatkan lagi kedudukan China di kawasan Lautan Pasifik dan Hindi.

Dengan membina jaringan pelabuhan dan laluan keretapi, kargo China yang sampai di pelabuhan akan terus diangkut melalui laluan darat. Contoh, minyak dari Oman sampai ke Melaka, terus diangkut melalui keretapi ke Tumpat, dan di

sambungkan ke Thailand, seterusnya ke selatan China. Itu yang China lakukan di Pelabuhan Gwadar, Pakistan. Pelabuhan tersebut telah pun siap dan minyak import dari Arab akan terus disalur ke Xinjiang, China melalui paip minyak bawah tanah. Perjalanan dari Oman ke Pakistan selamat dari sebarang ancaman Amerika dan konconya.

Pada asalnya, sebelum ada MSR, China mempunyai rancangan untuk membina Terusan Kra di selatan Thai. Dengan itu China boleh “bypass” saja Laut China Selatan dan Selat Melaka yang banyak masalah. Tapi apa akan jadi kepada Malaysia? Pelabuhan di Klang, Tanjung Pelepas, Johor, Penang, Bintulu, Kemaman semua boleh tutup kerana China tak akan guna, dan negara-negara lain pun akan ambil alternatif yang lebih selamat, berbanding dengan Selat Melaka yang terkenal dengan lanun yang banyak dan laluan yang sempit. Yang boleh pasti Singapura pun tak dapat hidup. Boleh agak Singapura telah pun melobi mati-matian supaya China tidak melaksanakan projek Kra dan digantikan dengan MSR.

Saya tidak pro-China. Tapi hakikatnya, Malaysia ialah sebuah kuasa kecil (small power), selamat atau tidak dalam sistem dunia bergantung pada kebijaksanaan dalam hubungan antarabangsa. Kebijaksanaan dalam mengurus hubungan dengan kuasa-kuasa besar. Untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara, apa yang perlu bukan slogan, tapi “balance of interests” di antara negara. Nak pastikan kedudukan Malaysia dalam perdagangan maritime kekal relevan, suka atau tidak, kita perlu bekerjasama dengan China dalam inisiatif seperti OBOR. Meraikan kerjasama dengan penuh berhati-hati, jangan tolak peluang ke negara-negara lain. Kedudukan Malaysia sebagai “laopengyou” (old friends) dalam hubungan luar China harus dimanfaatkan, jangan disia-siakan.

Ya China memang pembuli. Tapi kepentingan di Laut China Selatan (LCS) hanya dapat dipertahankan melalui diplomasi dengan China, sebab China tak akan layan keputusan mahkamah whatever, dan keterlibatan Amerika dalam isu LCS bagai menyimbah minyak atas api kerana China anggap itu sebagai provokasi. Tak nampak kah sebaik saja Duterte melawat China sambil mengkritik Amerika, terus China membenarkan nelayan Filipina beraktiviti di Scarborough Shoal. Duterte mempraktikkan seni diplomasi, bukan retorik semata-mata.

Sementara negara-negara jiran kita (Filipina, Indonesia, Thailand) tengah berbaik-baik dengan China dengan menonjolkan kepentingan mereka kepada China, jangan kita ketinggalan. Jangan lupa negara-negara jiran ini masih ada “unfinished business” dengan Malaysia, katakan, Filipina mendapat sokongan China untuk menuntut wilayah Sabah, apa akan jadi kepada Malaysia? Tidakkah persahabatan Malaysia dengan China boleh menjadi “hedge” kepada situasi-situasi sebegini?

Memang bahaya pun jika bergantung kepada China. Itu sebab pentingnya hubungan dengan kuasa-kuasa besar lain untuk mewujudkan imbangan kuasa (balance of power), tak kira lah dengan Amerika, Jepun, Russia, India atau Australia. Kerajaan dah lama sedar pun kebergantungan China boleh mengundang kemudaratan, itu sebabnya Malaysia menyambut “Pivot to Asia” di bawah Obama. Tapi kalau pergi Amerika pun, orang kutuk, pergi Jepun pun orang kutuk, pergi Russia pun orang kutuk, nak buat macam mana?
[11/4, 09:52] A2Faizal: DATO’ LOKMAN ADAM:
KENAPA CCCC DIPILIH UNTUK MELAKSANA ECRL WALAU DIGANTUNG BANK DUNIA?

Bank Dunia melaksanakan penggantungan kepada CCCC pada tahun 2011 berdasarkan siasatan pada isu yang berdekad lamanya berkaitan dengan syarikat sebelumnya yang dipanggil China Road dan Bridge Group yang tidak lagi wujud.

Penggantungan telah dilaksanakan kepada CCCC kerana salah satu syarikat yang telah diperoleh mereka adalah China Road dan Bridge Group.

Penggantungan tersebut yang hanya menghalang CCCC untuk membuat projek menggunakan pinjaman Bank Dunia walau bagaimanapun berakhir hanya dalam masa dua bulan selepas itu iaitu pada Januari 2017.

Pada masa perjanjian bagi ECRL dimuktamadkan, penggantungan ini sudahpun tamat.

CCCC sendiri hanya ditubuhkan pada tahun 2005 daripada penggabungan syarikat China Harbour Engineering Group dengan China Road dan Bridge Group. Ianya merupakan sebuah entiti yang baru.

Syarikat China Harbour Engineering juga merupakan syarikat yang berjaya membina Jambatan Pulau Pinang ke 2, keseluruhannya dalam lingkungan bajet dan tempoh masa yang ditetapkan serta boleh dianggap sebagai mempunyai rekod yang baik di Malaysia.

Di Malaysia, syarikat kereta api China mempunyai rekod yang baik, termasuk projek pelbagai landasan berkembar, ETS yang popular, malah membekalkan kereta api untuk KTM Komuter kita.

Di China sendiri, syarikat kereta api milik kerajaan mereka telah berjaya membina antara rangkaian kereta api dan kereta api Berkelajuan Tinggi yang terbesar di dunia sejak sepuluh tahun yang lalu yang mendapat satu pujian hebat.

Walaupun saiz rangkaian kereta api mereka 121,000 km bagi landasan kereta api, termasuk 19,000 kilometer, rekod keselamatan negara mereka adalah baik pada tahun kebelakangan ini dengan hanya beberapa kegelinciran atau kejadian.

Satu-satunya kemalangan maut kereta api berkelajuan tinggi mereka adalah pada tahun 2011 kerana kesilapan isyarat – yang mana Kerajaan China dengan pantas menyiasat dan menyelesaikannya.

Sepanjang beberapa tahun lepas, CCCC telah memenangi kontrak utama di seluruh dunia.

Malah, tahun lepas pada 2015, CCCC telah dipilih untuk melakukan projek (land reclamation) pandu susur keluar Gurney berharga RM2.3 bilion milik Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jika ada masalah dengan CCCC, saya yakin Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menjadi orang pertama untuk membantah kerana dia bertindak cepat dengan syarikat lain milik negara China iaitu, BUCG berkenaan kemalangan kren.

Malah, hanya tahun lepas pada bulan April 2015, Kerajaan Australia meluluskan penjualan John Holland Group milik Leighton Holding, salah satu syarikat pembinaan terbesar di negara itu.

CCCC hari ini adalah berbeza daripada China Road dan Bridge Group pada masa lalu – sama seperti China hari ini adalah sangat berbeza dengan China komunis daripada era-Mao atau Jepun pada masa kini tidak sama dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II .

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa CCCC dimiliki oleh kerajaan China dan memandangkan kerajaan China akan memberikan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah untuk membiayai sepenuhnya projek ECRL ini, Kerajaan China mempunyai hak untuk melantik syarikat mana yang akan mengetuai usaha untuk membina ECRL.

Tidak hairanlah kalau Kerajaan China memilih CCCC kerana ia adalah syarikat infrastruktur terbesar milik kerajaan China dan syarikat ke 4 terbesar keseluruhan.

Diterjemahkan oleh : KKMM